HARI MENGUNDI (PRU12) KALI KE 3
tap tup tip tap tup tip dah pilihanraya lagi. Tak silap aku ni kali yang ke tiga aku mengundi seumur hidup ku..... kali pertama kat serdang selepas cukup umur untuk mengundi, kedua kat kg baru sebab aku bermastautin disana gara kerja kat Fama dan dbkl dan ini kali kat tempat yang sama walaupun aku dah pindah bangi kerana tak tukar tempat mengundi... next time ngundi bangi lah...kat sana mejoriti melayu pemerintah dan pembangkang pastinya melayu.
Tanggal 8 mac 2008 bersamaan hari sabtu akan menjadi sejarah malaysia dengan satu undi aku itu nanti akan merubah warna politik negara ku ini. aku pangkah apa ya? itu rahsia la kan...kan...kan. Di dalam kekalutan harga barang naik (BN), minyak naik diura2 bakal naik, tol naik, bil api nak naik, bil telepon dah naik...senyap2 je naik sewa talian dari 25 rm tiba2 dah naik 68 rm tah siapa2 punya pandai. lepas tu jika tak bayar atau tak guna tetap bayar walaupun dah melepasi tiga bulan dan talian dah diPOTONG... terserlah duit haramnya. Ini kah bahana penswastaan, pengkopratan, kejar kemajuan, kejar kemewahan .. hingga lupa untuk membela rakyat yang memilih mereka untuk membela nasib rakyat. Aku dalam golongan pertengahan ni pun terasa tak cukup makan..agaknya jika aku di golongan bawahan pastinya lebih teruk lagi.... he3 maaflah mengulas lak setuasi dan kondisi negara ku yang ku cintai ini.... so sesiapa yang memerintah tu wakilraksyat tu ingat2lah rakyat. raksyat yang memberi mandat, kepercayaan dan gaji sebagai adun dan ahli perlimen tu adalah untuk membela kami ni..rakyat. bukan saudara mara atau periuk nasik diri sendiri atau kompeni parti, kompeni peribadi.... ye.
Pagi pagi sesudah subh 7.45 pg aku dah bertolak ke tempat mengundi di sekolah jenis kebangsaan (cina) Laimeng, jalan ampang. sampai sana dalam pukul 8.15 pagi. Suasana tenang je orang belum ramai. aku terus je ke bilik saluran 5 tak semak dah di kuenter semakkan SPR. aku dah semak dah di mana dan saluran mana aku mengundi kat internet (zaman maya lah katakan). Alhamdullah tak sampai 10 minit beratur terus aku memangkah parti yang aku hendak ia memerintah, yang mewakili aku dan rakyat ni. yang bertanding antara BN dan Pas untuk Parlimen Titiwangsa, tiada kerusi dun. Siapa yang bertanding ... tengoklah lah sendiri ye keputusan Pilihanraya tu ye.
Suasana kat tempat mengundi aku lihat rata2 orang melayu (90%) yang datang. bangsa Cina susah nak lihat , india ada la seorang dua. Pondok pas untuk semak dan meraih undi ada la kat luar pagar dan orang-orangnya..tapi pondok BN nampak kosong je..... mengapa ye.. entahlah...
Lepas mengundi aku pergi Opis jap..ada urusan sedikit. dalm pkl 10 aku balik rumah. terus bersiap2 untuk pulang ke kampung lover ku.. nak singgah pula di pasir gudang kerana ada kenduri rumah saudaranya.
pukl 11 aku bertolak ke pasir gudang... agak laju juga aku bawa purata 150 rpm ..he3 dengan harapan polis trafik dan speed trap tak ada kerana polis2 sibuk jaga PRU12 tu. pukul 3 aku dah sampai kat pasir gudang... rekod tu 3 jam sampai pasir gudang. Alhamdullilah..sesampai je tengah2 makan pengantin pun datang.. so mak abah mentua lak dah balik. So kami tunggu la sampai acara naik pelamin selesai baru lah aku bertolak pulang ke semerchu rumah mentuaku yang dikasihi.
Sesampai semerchu dalam pukul 4.30 ada mas lagi untuk mengundi..so aku bawa terus orang rumah ku untuk mengundi... kat situ BN lawan Pas. tak sampai 10 minit orang rumah ku mengundi dah setel. jela ketara jentera peraih undi Bn berkerja keras disini untukmemancing undi tak seperti tempat ku tadi...
sampai je rumah mentua ..pak dan mak mentua pula tiada gi rumah kahwin jiran sebelah ..orang johor keta pergi rewang... apa bendanya rewang tu... tolong memasak dan apa2 hal utk kahwin tu la agaknya.. he2. so oleh kerana tiada orang, dah letih, dan dah kenyang maka aku pun bantai la rehat dengan my lover..bestnya....hari ini.
Malam nya selepas makan dengan family aku dan pak mentua ku sampai pukul 1.30 menugggu keputusan... gempak..memang gempak. BN banyak kecundang di banyak tempat.. 5 negeri di tawan pembangkang.. kelantan, kedah, pinang, perak, selangor... wilayah persekutuan pun pembangkang pegang. ap telah berlaku... tsunami pilihanraya. Pak mentua ku 1.30 pg dah minta dismis utk beradu.. aku masih tunggu smapai pkl 2 ..nak tau siapa yang boleh memerintah.. kerana BN masih belum dapat menang 2/3 ahli Parlimen lagi... so aku dah ngantuk so baik aku tidok la. biar lah orang politik tu tunggu lak...selamat malam...eh..dah pagi dah..selamat pagi YB.
Taman Rumah Ku Dapat Surau Baru... yaiya alaisollahhh
Tanggal 18 Februari 2008 tercatatlah sejarah Taman Perumahan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi tempat aku bermastautin mempunyai Surau baru. Difahamkan rege (harganya) melepasi setengah juta ringgit, jika di convent rupiah lagi la banyak bunyi dan angkanya...trilion juta kot. So aku nak memanjatkan jutaan kesyukuran pada ilahi yang memberi kemudahan terbinanya surau itu. Kepada tok penghulu seksyen 8 abang Sabi ..i selut ..tabik spring pada nya...kerana dia lah orang yg bertungkus lumus menjayakan impian menjadi kenyataan. Tak sampai 6 bulan surau kami siap terbina. Dalam tak siap (baru 3 bulan bina) pun kami dah adakan program korban dan aqidah di surau itu pada hari raya haji lalu... 5 ekor kambing dan 3 ekor kambing telah disembelih.
Untuk pengetahuan semua abang Sabi ni.. adalah Sabiamat penembak Malaysia tu.. seingat aku pada zaman 80 an... seangkatan dengan Riduan Pit, Zaiton Osman, Mokhtar Dahari..gitu. Selepas dia besara dia dah berjaya menjadi kontraktor sivil hasil banyak kenalan dengan orang ternama sezaman dengannya. Pakaiannya simpel je.. jika tengok dari atas ke bwh tak percaya dia abang sabi. Saling tak tumpah macam pak uda cerita pi mai pi mai tang tu.... cuma baju nya berlengan pendek tidak di masukkan ke dalam dan butang betul ditempatnya tak senget. kat rumah keretanya honda civic dan anak2 berpandaftan 14, 24 dan 34, rumah corner lot dah tak macam rumah teres yg asal dan diubah suai 100%.... gua tabik sama lu...
Berbalik pada tanggal 18 tu.... itu la pertama kali aku menjejaki surau baru tu, selama ni aku lalu je. Pernah dua kali program yang di atur tapi aku tak dapat ikut. Sorri lah abang sabi.. Pada malam tu selepas maghrib di adakan ceramah sulong oleh Ustaz Pauzi yang terkenal sebagai pengacara Al Kuliah TV3... kebetulan Ustaz Pauzi dekat dengan rumah Abang Sabi. So mudah lah di booking untuk program kami.. selepas ni tah bila la dapat dengar ceramahnya lagi.
Sesampai nya aku kat surau, aku lihat orang ramai masih ramai kat luar surau.. walaupun azan dah lama berkumandang. Rupa2nya ada sedikit kerja2 membetul kan lampu lempah mengelip ngelip di tengah surau sedang di pasang.... surau baru lah katakan tentunya semua nya baru... kalahkan masjid. Dan di fahamkan surau ku itu dicemburui oleh orang kampung Sg Ramal Dalam sebelah dengan taman seksyen 8 rumah ku itu ... sebabnya mungkin kos dan bentuknya dah mangalahkan masjid kot ... siap ada air con lagi. .. maaf ya tok2 aji... tolong lah doakan supaya surau ini di penuhi jemaah dan dimanfaatkan sewajarnya.
Selepas Solat Mahgrib di adakan solat hajat bagi menzahirkan kesyurukan dan memohon doa kepada ilahi supaya surau ini sentiasa diimarah dimanfaatkan sepenuhnya. Bukan sahaja sebagai tempat solat berjemaah dan menambah ilmu tetapi dapat merapatkan ukhuwah penghuni sekitar Taman Seksyen 8 ini. amin ya rabbal alamin.
Selepas tu.. Ustaz Pauzi menyampaikan ceramahnya sehingga waktu isyak. Tajuk ceramahnya sekitar fadhilat2 ke surau/masjid. Antara yang aku ingat...
i. Kat negara Arab surau atau masjid ni sama je... di panggil di panggil masjid atau musolla (tempat solat) tidak ada di ketegorikan surau. ii. Pahala orang solat berjemaah adalah 27 kali ganda dari solat seorang diri. iii. Jiran masjid/surau itu ialah orang-orang yang mendengar azan. iv. Rasullullah s a w amat menepelak kepada orang yang tidak solat berjemaah sehinggakan sanggup membakar rumah orang yang tak solat berjemaah tanpa sebab. v. Pemuda yang dijamin masuk syurga ialah pemuda hatinya yang sentiasa terpikat pada masjid untuk solat berjemaah. vi. Lagi Jauh perjalanan dari rumah ke surau atau masjid lebih besarlah pahalanya. vii. Orang yang dapat takbir pertama bersama imam selama 40 hari berturut turut juga di jamin masuk syurga. viii. Orang buta juga tidak di kecualikan untuk solat berjemaah.
dan banyak lagi..sorri lah lupa lak... tak tulis pula apa ustaz sampaikan. lepas habis ceramah dan solat isyak berjemaah.. ada makan lak di masak oleh Restoren D limau. best juga. tapi aku tak makan, orang ramai malas nak tunggu beratur.. teringat nak makan dengan orang rumah lak. so perlahan lahan aku tolak motor keluar dari surau.
Doakanlah agar aku adalah orang yang sering berjemaah di sana...ye. amin.. tq tq tq
Orang Rumah Out Station (outreach)
Pada Wednesday, February 13, 2008 yang lepas, my darling gi out station..outreach. Apa benda outreach tu aku pun tak la tau... out station tu biasa la. rasa2nya sama la tu... 5 + 5 = 10, 2 X 5 pun sepuluh juga jawapannya... mungkin cara kerja nya je berlainan. he2 apa apa aje lah
Rindu juga... walau pun sehari semalam tak nampak mukanya. sebabnya dah macam jadi kebiasaaan sebelum bersiram dan solat mahgrib tu kami berdua borak2 dulu sembang2.. sambil makan kacang (?).. dan apa yang boleh dimakan. Tiba2 tiada pula teman berborak.. so waktu terluang tu aku ajar anak2 mengaji. hik3. Lepas mengaji kita orang makan bersama anak2. Tengok2kan homework dia orang. Biasa biasanya orang rumah ku ada bersama .. bila tak ada ni kena la ajar sendiri.
Bila bab tidor ..anak2 ni macam tau2 je bapak nya keseorangan...memang tau pun. semuanya nak teman tidor kat bilik aku. boleh lah. memang sikap ku tidak berkria sangat dengan anak2. so malam tu kami tidor ramai2. piah, ceah dan bapaknya atas katil. anak2 lain si syahmi, pikah dan sahira tidor kat bawah.... seronok juga. tapi lebih amat2 seronok jika my darling ada sama, kan, kan , kan.
i love u sayang..cepat lah balik.. Huwa3
yahoooo aku dah ada blog...
Assalamualaikum warga blog dan dunia siber.. diumum kan aku dah ada blog.... cantikkkk ... tak sangka betul...macam tak percaya aku kini di alam maya....
firstly thank Q to my wife ..yang menciptakan untuk aku... i loooovvvve uuuuuu , uuuummmah...uuummah, uuuummahh...sorri aksi terlampau lak...
tak kira lah... sapa tak sayang bini kan
Bicara Pertama
Blog ini khas aku ciptakan untuk suami tersayang. Hemm teringin jugak nak melihat coretan-coretannya. Yer lah, kadang2 banyak jugak perkara yang tidak terungkap oleh kata-kata especially orang lelaki ni, banyak memendam jer. Kata abang, dia tak ada idea nak tulis apa, kalau menaip boleh smpi berlubang keyboard katanya, hehehe. Tak per lah slow2. Dulu, abang yang tak pernah chatting, aku ajar berchatting, sekarang dia dah expert pun, tahniah!!
Oklah, semoga berjaya. Selamat Menulis, Abang !!
|
|