  |
HARI MENGUNDI (PRU12) KALI KE 3
tap tup tip tap tup tip dah pilihanraya lagi. Tak silap aku ni kali yang ke tiga aku mengundi seumur hidup ku..... kali pertama kat serdang selepas cukup umur untuk mengundi, kedua kat kg baru sebab aku bermastautin disana gara kerja kat Fama dan dbkl dan ini kali kat tempat yang sama walaupun aku dah pindah bangi kerana tak tukar tempat mengundi... next time ngundi bangi lah...kat sana mejoriti melayu pemerintah dan pembangkang pastinya melayu.
Tanggal 8 mac 2008 bersamaan hari sabtu akan menjadi sejarah malaysia dengan satu undi aku itu nanti akan merubah warna politik negara ku ini. aku pangkah apa ya? itu rahsia la kan...kan...kan. Di dalam kekalutan harga barang naik (BN), minyak naik diura2 bakal naik, tol naik, bil api nak naik, bil telepon dah naik...senyap2 je naik sewa talian dari 25 rm tiba2 dah naik 68 rm tah siapa2 punya pandai. lepas tu jika tak bayar atau tak guna tetap bayar walaupun dah melepasi tiga bulan dan talian dah diPOTONG... terserlah duit haramnya. Ini kah bahana penswastaan, pengkopratan, kejar kemajuan, kejar kemewahan .. hingga lupa untuk membela rakyat yang memilih mereka untuk membela nasib rakyat. Aku dalam golongan pertengahan ni pun terasa tak cukup makan..agaknya jika aku di golongan bawahan pastinya lebih teruk lagi.... he3 maaflah mengulas lak setuasi dan kondisi negara ku yang ku cintai ini.... so sesiapa yang memerintah tu wakilraksyat tu ingat2lah rakyat. raksyat yang memberi mandat, kepercayaan dan gaji sebagai adun dan ahli perlimen tu adalah untuk membela kami ni..rakyat. bukan saudara mara atau periuk nasik diri sendiri atau kompeni parti, kompeni peribadi.... ye.
Pagi pagi sesudah subh 7.45 pg aku dah bertolak ke tempat mengundi di sekolah jenis kebangsaan (cina) Laimeng, jalan ampang. sampai sana dalam pukul 8.15 pagi. Suasana tenang je orang belum ramai. aku terus je ke bilik saluran 5 tak semak dah di kuenter semakkan SPR. aku dah semak dah di mana dan saluran mana aku mengundi kat internet (zaman maya lah katakan). Alhamdullah tak sampai 10 minit beratur terus aku memangkah parti yang aku hendak ia memerintah, yang mewakili aku dan rakyat ni. yang bertanding antara BN dan Pas untuk Parlimen Titiwangsa, tiada kerusi dun. Siapa yang bertanding ... tengoklah lah sendiri ye keputusan Pilihanraya tu ye.
Suasana kat tempat mengundi aku lihat rata2 orang melayu (90%) yang datang. bangsa Cina susah nak lihat , india ada la seorang dua. Pondok pas untuk semak dan meraih undi ada la kat luar pagar dan orang-orangnya..tapi pondok BN nampak kosong je..... mengapa ye.. entahlah...
Lepas mengundi aku pergi Opis jap..ada urusan sedikit. dalm pkl 10 aku balik rumah. terus bersiap2 untuk pulang ke kampung lover ku.. nak singgah pula di pasir gudang kerana ada kenduri rumah saudaranya.
pukl 11 aku bertolak ke pasir gudang... agak laju juga aku bawa purata 150 rpm ..he3 dengan harapan polis trafik dan speed trap tak ada kerana polis2 sibuk jaga PRU12 tu. pukul 3 aku dah sampai kat pasir gudang... rekod tu 3 jam sampai pasir gudang. Alhamdullilah..sesampai je tengah2 makan pengantin pun datang.. so mak abah mentua lak dah balik. So kami tunggu la sampai acara naik pelamin selesai baru lah aku bertolak pulang ke semerchu rumah mentuaku yang dikasihi.
Sesampai semerchu dalam pukul 4.30 ada mas lagi untuk mengundi..so aku bawa terus orang rumah ku untuk mengundi... kat situ BN lawan Pas. tak sampai 10 minit orang rumah ku mengundi dah setel. jela ketara jentera peraih undi Bn berkerja keras disini untukmemancing undi tak seperti tempat ku tadi...
sampai je rumah mentua ..pak dan mak mentua pula tiada gi rumah kahwin jiran sebelah ..orang johor keta pergi rewang... apa bendanya rewang tu... tolong memasak dan apa2 hal utk kahwin tu la agaknya.. he2. so oleh kerana tiada orang, dah letih, dan dah kenyang maka aku pun bantai la rehat dengan my lover..bestnya....hari ini.
Malam nya selepas makan dengan family aku dan pak mentua ku sampai pukul 1.30 menugggu keputusan... gempak..memang gempak. BN banyak kecundang di banyak tempat.. 5 negeri di tawan pembangkang.. kelantan, kedah, pinang, perak, selangor... wilayah persekutuan pun pembangkang pegang. ap telah berlaku... tsunami pilihanraya. Pak mentua ku 1.30 pg dah minta dismis utk beradu.. aku masih tunggu smapai pkl 2 ..nak tau siapa yang boleh memerintah.. kerana BN masih belum dapat menang 2/3 ahli Parlimen lagi... so aku dah ngantuk so baik aku tidok la. biar lah orang politik tu tunggu lak...selamat malam...eh..dah pagi dah..selamat pagi YB.
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home