  |
Taman Rumah Ku Dapat Surau Baru... yaiya alaisollahhh
Tanggal 18 Februari 2008 tercatatlah sejarah Taman Perumahan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi tempat aku bermastautin mempunyai Surau baru. Difahamkan rege (harganya) melepasi setengah juta ringgit, jika di convent rupiah lagi la banyak bunyi dan angkanya...trilion juta kot. So aku nak memanjatkan jutaan kesyukuran pada ilahi yang memberi kemudahan terbinanya surau itu. Kepada tok penghulu seksyen 8 abang Sabi ..i selut ..tabik spring pada nya...kerana dia lah orang yg bertungkus lumus menjayakan impian menjadi kenyataan. Tak sampai 6 bulan surau kami siap terbina. Dalam tak siap (baru 3 bulan bina) pun kami dah adakan program korban dan aqidah di surau itu pada hari raya haji lalu... 5 ekor kambing dan 3 ekor kambing telah disembelih.
Untuk pengetahuan semua abang Sabi ni.. adalah Sabiamat penembak Malaysia tu.. seingat aku pada zaman 80 an... seangkatan dengan Riduan Pit, Zaiton Osman, Mokhtar Dahari..gitu. Selepas dia besara dia dah berjaya menjadi kontraktor sivil hasil banyak kenalan dengan orang ternama sezaman dengannya. Pakaiannya simpel je.. jika tengok dari atas ke bwh tak percaya dia abang sabi. Saling tak tumpah macam pak uda cerita pi mai pi mai tang tu.... cuma baju nya berlengan pendek tidak di masukkan ke dalam dan butang betul ditempatnya tak senget. kat rumah keretanya honda civic dan anak2 berpandaftan 14, 24 dan 34, rumah corner lot dah tak macam rumah teres yg asal dan diubah suai 100%.... gua tabik sama lu...
Berbalik pada tanggal 18 tu.... itu la pertama kali aku menjejaki surau baru tu, selama ni aku lalu je. Pernah dua kali program yang di atur tapi aku tak dapat ikut. Sorri lah abang sabi.. Pada malam tu selepas maghrib di adakan ceramah sulong oleh Ustaz Pauzi yang terkenal sebagai pengacara Al Kuliah TV3... kebetulan Ustaz Pauzi dekat dengan rumah Abang Sabi. So mudah lah di booking untuk program kami.. selepas ni tah bila la dapat dengar ceramahnya lagi.
Sesampai nya aku kat surau, aku lihat orang ramai masih ramai kat luar surau.. walaupun azan dah lama berkumandang. Rupa2nya ada sedikit kerja2 membetul kan lampu lempah mengelip ngelip di tengah surau sedang di pasang.... surau baru lah katakan tentunya semua nya baru... kalahkan masjid. Dan di fahamkan surau ku itu dicemburui oleh orang kampung Sg Ramal Dalam sebelah dengan taman seksyen 8 rumah ku itu ... sebabnya mungkin kos dan bentuknya dah mangalahkan masjid kot ... siap ada air con lagi. .. maaf ya tok2 aji... tolong lah doakan supaya surau ini di penuhi jemaah dan dimanfaatkan sewajarnya.
Selepas Solat Mahgrib di adakan solat hajat bagi menzahirkan kesyurukan dan memohon doa kepada ilahi supaya surau ini sentiasa diimarah dimanfaatkan sepenuhnya. Bukan sahaja sebagai tempat solat berjemaah dan menambah ilmu tetapi dapat merapatkan ukhuwah penghuni sekitar Taman Seksyen 8 ini. amin ya rabbal alamin.
Selepas tu.. Ustaz Pauzi menyampaikan ceramahnya sehingga waktu isyak. Tajuk ceramahnya sekitar fadhilat2 ke surau/masjid. Antara yang aku ingat...
i. Kat negara Arab surau atau masjid ni sama je... di panggil di panggil masjid atau musolla (tempat solat) tidak ada di ketegorikan surau. ii. Pahala orang solat berjemaah adalah 27 kali ganda dari solat seorang diri. iii. Jiran masjid/surau itu ialah orang-orang yang mendengar azan. iv. Rasullullah s a w amat menepelak kepada orang yang tidak solat berjemaah sehinggakan sanggup membakar rumah orang yang tak solat berjemaah tanpa sebab. v. Pemuda yang dijamin masuk syurga ialah pemuda hatinya yang sentiasa terpikat pada masjid untuk solat berjemaah. vi. Lagi Jauh perjalanan dari rumah ke surau atau masjid lebih besarlah pahalanya. vii. Orang yang dapat takbir pertama bersama imam selama 40 hari berturut turut juga di jamin masuk syurga. viii. Orang buta juga tidak di kecualikan untuk solat berjemaah.
dan banyak lagi..sorri lah lupa lak... tak tulis pula apa ustaz sampaikan. lepas habis ceramah dan solat isyak berjemaah.. ada makan lak di masak oleh Restoren D limau. best juga. tapi aku tak makan, orang ramai malas nak tunggu beratur.. teringat nak makan dengan orang rumah lak. so perlahan lahan aku tolak motor keluar dari surau.
Doakanlah agar aku adalah orang yang sering berjemaah di sana...ye. amin.. tq tq tq
|
|
1 Comments:
"syian abang tak makan kat surau.. balik2 umah tengok2 kitorang plak dah makan.. sori eh.."
Post a Comment
<< Home